Thursday, January 7, 2021

Apakah tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan ??



Mengikut Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, tujuan PIBG ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dan meningkatkan imej sekolah. PIBG ini merupakan sebuah saluran ataupun ‘medium’ untuk semua golongan berbincang serta berganding bahu untuk kemajuan sesebuah sekolah tersebut. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkat imej sesebuah sekolah tersebut di mata masyarakat. Sebagai contoh, apabila ada pelajar yang berjaya menjadi wakil untuk sesebuah sekolah tersebut di peringkat tertinggi seperti peringkat antarabangsa, sudah pasti ianya dapat meningkatkan imej sekolah tersebut di mata masyarakat dan pihak berwajib.

Selain itu juga, penubuhan PIBG ini bertujuan untuk membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan seharian mereka. Sebagai contoh, pihak PIBG dan pihak sekolah bekerjasama dalam menyediakan kelas tambahan ataupun bengkel-bengkel bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum. Sebagai contoh, Ujian Penialain Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Seterusnya, penubuhan PIBG ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah tersebut bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. Selain itu juga, ianya ertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk berbincang cara membaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. Hal ini kerana, PIBG ini merupakan ‘orang tengah’ untuk para ibu bapa dan guru berbicang sesama mereka mengenai akademik anak-anak mereka. Sebagai contoh, diadakan Hari Permuafakatan Sekolah untuk para ibu bapa dan guru-guru berbincang mengenai pendidikan anak-anak disekolah.

Di samping itu juga, tujuan PIBG ini ditubuhkan untuk membolehkan ibu bapa dan guru berbincang untuk menambah mengenai kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal di sekolah demi kemuduhan anak-anak. Pada Hari Permuafakatan Sekolah yang diadakan setiap tahun, para ibu bapa dan pihak sekolah melalui PIBG ini boleh membincangkan cara untuk mendapatkan kewangan sekolah demi pembinan infrastruktur yang tidak mencukupi di sekolah tersebut. Para ibu bapa bolehlah mencadangkan kadar yuran tahunan dengan persetujuan semua pihak dan duit hasil kutipan tersebut digunakan hanya untuk kemudahan pelajar semata-mata.  Sebagai contoh, pembinaan dewan sekolah dan tempat berteduh.Hal ini bertujuan untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak di sekolah.


No comments:

Post a Comment

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

  Isu Pertama : Huraian : Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa...