Terdapat
empat fungsi PIBG untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai
tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di Akta Pendidikan 1996. Antara fungsi
tersebut adalah untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajikan murid. Sebagai contoh, pihak PIBG boleh membantu para murid yang
tidak berkemampuan seperti membantu membeli mereka alatan persekolah seperti
baju sekolah, buku latihan dan lain-lain. Hal ini bertujuan demi menjaga
kebajikan anak-anak murid.
Seterusnya,
PIBG ini berfungsi untuk menambahkan sumber kewangan sekolah bagi menambah dan
meningkatkan kemudahan di sekolah. Sebagai contoh, pihak PIBG memberi dana
tambahan untuk pihak sekolah untuk membina keperluan asas seperti dewan sekolah
dan lain-lain. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada
para pelajar.
Di samping
itu juga, PIBG ini berfungsi untuk meningkatkan kemesraan dan menyediakan
saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat.
Sebagai contoh, pihak PIBG mengadakan aktiviti gotong-roong bersama masyarakat
setempat. Program seperti ini ianya sekaligus dapat mengeratkan perpaduan dan
meningkatkan kemesraan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat yang tingal
berdekatan dengan sekolah.
Selain itu
juga, PIBG ini bertujuan untuk meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya
ianya dapat mewujudkan suasana kondusif dan selesa untuk semu pihak di sekolah
terutamanya para pelajar. Sebagai contoh, pihak PIBG bekerjasama dengan pihak
sekolah untuk menceriakan sekolah agar para pelajar merasa selesa dan seronok
untuk pergi ke sekolah. Hal ini kerana , mereka melihat suasana sekolah dan
keadaan dalam cantik dan kemas dan ianya dapat menaikkan semangat para pelajar
untuk hadir ke sekolah kerana berasa selesa.
No comments:
Post a Comment