Friday, January 15, 2021

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

 Isu Pertama :


Huraian :

Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Lagi-lagi isu yang berkaitan dengan sekolah yang berada di bandar ataupun pintu hadapannya berdekatan dengan jalan raya utama. Sudah pasti di tempat tersebut terdapat kenderaan yang banyak dan laju. Oleh sebab itu, pihak PIBG dengan kerjasama ibu bapa hendaklah berbincang inisiatif yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Antara inisiatif yang boleh dicontohi adalah di SK Desa Pandan dan SK Setiawangsa melalui PIBG mereka telah melaksanakan penglibatan ibubapa dalam membantu untuk menjaga trafik di sekolah. Bantuan daripada ibubapa ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah dalam mengurangi peratusan kadar kes kemalangan yang boleh berlaku di sekolah dan ianya sekaligus mengeratkan lagi kerjasama antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.


Isu Kedua :



Huraian : 

Pelbagai isu boleh berlaku antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Sebagai contoh, isu yang menjadi bualan hangat dan sudah pastinya akan dibangkitkan setiap tahun adalah isu berkaitan yuran PIBG. Isu berkaitan dengan yuran PIBG ini adalah merupakan isu yang selalu dibangkitkan oleh pihak ibu bapa kerana mereka merasakan yuran yang telah dikenakan adalah amat tinggi nilainya. Akan tetapi setiap isu yang berbangkit sudah pastinya ianya memerlukan satu titik perubahan dan jalan penyelesaian. Sebenarnya, isu berkaitan yuran PIBG ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Hal ini kerana, kadar yuran PIBG ini sebenarnya telah dipersetujui bersama antara PIBG sekolah dengan para ibu bapa ketika mesyuarat agong tahunan diadakan. Jelaslah sepatutnya isu ini tidak patut dibangkitkan setiap tahun kerana ianya telah dibincangkan bersama pada setiap kali mesyuarat diadakan. Berkemungkinan segelintir ibu bapa yang mempertikaikan jumlah yuran PIBG ini adalah golongan yang tidak menghadiri mesyuarat agong tahunan PIBG di sekolah tersebut. Oleh sebab itu, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG amatlah ditekankan kerana semua pihak berharap setiap permasalahan yang berlaku di sekolah dapat dibincangkan sesama pihak ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


No comments:

Post a Comment

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

  Isu Pertama : Huraian : Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa...