Friday, January 15, 2021

Kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

 

Terdapat pelbagai kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) di sekolah. Antaranya ialah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak. Contohnya, setiap ibu bapa ini akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu juga, ibu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada seyiap tahunj tersebut. Dalam perjumpaan atau mensyuarat agung tersebut , ibu bapa boleh memberi cadangan atau membuat aduan mengenai susuatu perkara.Hal ini bertujuan semata-mata demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudi menghadiri program yang dianjurkan oleh PIBG juga akan memberikan gambaran yang baik mengenai ibu bapa yang prihatin terhadap diri para pelajar.

Di samping itu, pihak PIBG juga berperanan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guru-guru.Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru ini juga dapat membantu pelajar untuk memperoleh kecemerlangan. Sebagai contoh, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajarkan anak mereka. Antara program-program yang boleh diadakan ilalah Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Hari Terbuka Sekolah. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru ini dalam keadaan baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat mengenai kemajuan pelajaran mereka.

Seterusnya, pihak PIBG juga boleh membantu pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada pihak kerajaan dan pihak berwajib untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Akan tetapi, ada kalanya peruntukan yang diberikan kurang mencukupi dan bantuan daripada pihak PIBG ini amat diharapkanm oleh pihak sekolah. Justeru itu, bantuan daripada pihak PIBG amat diperlukan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, kemudahan yang boleh disumbangkan oleh pihak PIBG adalah seperti pondok menunggu bas dan laluan berjalan kaki untuk keselamatan para pelajar. Sudah pasti, bantuan daripada pihak PIBG kepada pihak sekolah ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PIBG dengan pihak sekolah.

Akhir sekali, pihak PIBG ini dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Di sekolah, terdapat pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah bertujuan untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini ianya memerlukan kos yang banyak dan sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, disinilah pihak PIBG perlulah memainkan peranan penting mereka demi kelangsungan program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

  Isu Pertama : Huraian : Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa...