Friday, January 15, 2021

Peranan Ibu Bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

 

Ibu bapa juga antara pihak yang menjadi ‘tulang belakang’ berlakunya kecemerlangan para pelajar. Mereka ini juga mempunyai kepentingan dan boleh diambil kira dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sesebuah sekolah. Antara peranan  ibu bapa dalam PIBG adalah mereka perlulah mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Di sini ibu bapa hendaklah bersama – sama untuk berusaha meningkatkan pelajaran anak-anak. Sebagai contoh, para ibu bapa hendaklah mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah dan sentiasa berhubung dengan pihak sekolah.

Di samping itu juga, ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa adalah cerminan hasil didikan ibu bapa. Apabila salah didikan oleh ibu bapa, salah juga lah apa yang dilakukan oleh anak-anak. Disinilah para ibu bapa hendaklah menjadi guru kepada anak-anak. Tidak kiralah ianya merupakan pendidikan informal atau pendidikan dalam institusi keluarga. Selain itu, ibu bapa hendaklah mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik. Hal ini kerana , ianya membolehkan anak-anak untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka di rumah.

Seterusnya , pihak ibu bapa juga hendaklah bergerak aktif dalam aktiviti atau program yang telah dirancang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri sebagai sukarelawanan dalam aktiviti sekolah. Sebagai contoh, sentiasa menghadirkan diri dalam mesyuarat agung tahunan PIBG. Hal ini bertujuan , untuk memudahkan para ibu bapa mengetahui apa yang dilakukan anak-anak di sekolah dan anak-anak akan merasa dihargai kerana ibu bapa mereka mengambil berat terhadap mereka.

Akhir sekali, pihak ibu bapa ini juga perlulah bersikap positif dengan membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak mereka. Ada anak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti lambat untuk belajar ataupun malas.  Di sinilah, para ibu bapa hendaklah berkongsi pendapat dengan guru serta maklumat mengenai cara terbaik mendidik anak-anak.. Sebagai contoh, ibu bapa bolehlah memberikan pendapat mereka dalam mesyuarat agung PIBG dan ini semua bertujuan hanya untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

 

           

No comments:

Post a Comment

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

  Isu Pertama : Huraian : Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa...