Friday, January 15, 2021

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

 Isu Pertama :


Huraian :

Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Lagi-lagi isu yang berkaitan dengan sekolah yang berada di bandar ataupun pintu hadapannya berdekatan dengan jalan raya utama. Sudah pasti di tempat tersebut terdapat kenderaan yang banyak dan laju. Oleh sebab itu, pihak PIBG dengan kerjasama ibu bapa hendaklah berbincang inisiatif yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Antara inisiatif yang boleh dicontohi adalah di SK Desa Pandan dan SK Setiawangsa melalui PIBG mereka telah melaksanakan penglibatan ibubapa dalam membantu untuk menjaga trafik di sekolah. Bantuan daripada ibubapa ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah dalam mengurangi peratusan kadar kes kemalangan yang boleh berlaku di sekolah dan ianya sekaligus mengeratkan lagi kerjasama antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing.


Isu Kedua :



Huraian : 

Pelbagai isu boleh berlaku antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Sebagai contoh, isu yang menjadi bualan hangat dan sudah pastinya akan dibangkitkan setiap tahun adalah isu berkaitan yuran PIBG. Isu berkaitan dengan yuran PIBG ini adalah merupakan isu yang selalu dibangkitkan oleh pihak ibu bapa kerana mereka merasakan yuran yang telah dikenakan adalah amat tinggi nilainya. Akan tetapi setiap isu yang berbangkit sudah pastinya ianya memerlukan satu titik perubahan dan jalan penyelesaian. Sebenarnya, isu berkaitan yuran PIBG ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan. Hal ini kerana, kadar yuran PIBG ini sebenarnya telah dipersetujui bersama antara PIBG sekolah dengan para ibu bapa ketika mesyuarat agong tahunan diadakan. Jelaslah sepatutnya isu ini tidak patut dibangkitkan setiap tahun kerana ianya telah dibincangkan bersama pada setiap kali mesyuarat diadakan. Berkemungkinan segelintir ibu bapa yang mempertikaikan jumlah yuran PIBG ini adalah golongan yang tidak menghadiri mesyuarat agong tahunan PIBG di sekolah tersebut. Oleh sebab itu, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG amatlah ditekankan kerana semua pihak berharap setiap permasalahan yang berlaku di sekolah dapat dibincangkan sesama pihak ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Peranan Guru dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

 

Pihak guru adalah merupakan pihak yang terpenting dalam kecemerlangan para pelajar di sekolah. Mereka juga merupakan ‘tulang belakang’ dalam berlakunya sesuatu kejayaan di dalam sesebuah sekolah. Antara peranan guru dalam PIBG adalah, berkomunikasi dengan ibu bapa dengan apa cara sekalipun sama ada melalui memo, telefon atau perbincngan dalam mesyuarat. Hal ini bertujuan hanya mengfokuskan mengenai kecemerlangan para pelajar dan pihak guru dengan bantuan daripada ibu bapa lah akan menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar.

Selain itu juga, para guru juga memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana cara untuk membantu anak-anak dalam kerja sekolah. Ada segolongan para ibu bapa kurang mahir untuk mengajarkan anak-anak. Oleh sebab itu, para guru hendaklah membantu para ibu bapa dalam mengetahui cara-cara yang berkesan untuk membantu anak-anak dalam pelajaran ketika berada dirumah.

Di samping itu juga, para guru ini juga berperanan melibatkan ibu bapa dalam proses membuat keputusan dan menggalakkan ibu bapa untuk memberi komitmen dalam PIBG. Sebagai contoh, para ibu menjemput para ibu bapa untuk menghadiri Perhimpunan Agong Tahunan Sekolah dan di sinilah para ibu bapa boleh mengeluarkan pendapat masing-masing dan bersama-sama bincang demi kecemerlangan pelajar dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak ibu bapa dengan pihak sekolah dan pihak PIBG.

 

Peranan Ibu Bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

 

Ibu bapa juga antara pihak yang menjadi ‘tulang belakang’ berlakunya kecemerlangan para pelajar. Mereka ini juga mempunyai kepentingan dan boleh diambil kira dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sesebuah sekolah. Antara peranan  ibu bapa dalam PIBG adalah mereka perlulah mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Di sini ibu bapa hendaklah bersama – sama untuk berusaha meningkatkan pelajaran anak-anak. Sebagai contoh, para ibu bapa hendaklah mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah dan sentiasa berhubung dengan pihak sekolah.

Di samping itu juga, ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapa adalah cerminan hasil didikan ibu bapa. Apabila salah didikan oleh ibu bapa, salah juga lah apa yang dilakukan oleh anak-anak. Disinilah para ibu bapa hendaklah menjadi guru kepada anak-anak. Tidak kiralah ianya merupakan pendidikan informal atau pendidikan dalam institusi keluarga. Selain itu, ibu bapa hendaklah mengamalkan sikap dan tingkah laku yang baik. Hal ini kerana , ianya membolehkan anak-anak untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka di rumah.

Seterusnya , pihak ibu bapa juga hendaklah bergerak aktif dalam aktiviti atau program yang telah dirancang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa hendaklah melibatkan diri sebagai sukarelawanan dalam aktiviti sekolah. Sebagai contoh, sentiasa menghadirkan diri dalam mesyuarat agung tahunan PIBG. Hal ini bertujuan , untuk memudahkan para ibu bapa mengetahui apa yang dilakukan anak-anak di sekolah dan anak-anak akan merasa dihargai kerana ibu bapa mereka mengambil berat terhadap mereka.

Akhir sekali, pihak ibu bapa ini juga perlulah bersikap positif dengan membantu para guru menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak mereka. Ada anak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti lambat untuk belajar ataupun malas.  Di sinilah, para ibu bapa hendaklah berkongsi pendapat dengan guru serta maklumat mengenai cara terbaik mendidik anak-anak.. Sebagai contoh, ibu bapa bolehlah memberikan pendapat mereka dalam mesyuarat agung PIBG dan ini semua bertujuan hanya untuk kecemerlangan anak-anak mereka.

 

           

Kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah.

 

Terdapat pelbagai kepentingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) di sekolah. Antaranya ialah untuk merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebaikan anak-anak. Contohnya, setiap ibu bapa ini akan menyumbang wang untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti persatuan. Selain itu juga, ibu bapa juga dapat berjumpa dan bertanya khabar dalam perjumpaan yang diadakan pada seyiap tahunj tersebut. Dalam perjumpaan atau mensyuarat agung tersebut , ibu bapa boleh memberi cadangan atau membuat aduan mengenai susuatu perkara.Hal ini bertujuan semata-mata demi kebaikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang sudi menghadiri program yang dianjurkan oleh PIBG juga akan memberikan gambaran yang baik mengenai ibu bapa yang prihatin terhadap diri para pelajar.

Di samping itu, pihak PIBG juga berperanan untuk menjalinkan hubungan yang baik antara pihak ibu bapa dengan guru-guru.Hubungan yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru ini juga dapat membantu pelajar untuk memperoleh kecemerlangan. Sebagai contoh, pihak PIBG perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajarkan anak mereka. Antara program-program yang boleh diadakan ilalah Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Majlis Hari Terbuka Sekolah. Jika hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru ini dalam keadaan baik, maka para pelajar akan berasa gembira kerana ibu bapa dan guru-guru mereka mengambil berat mengenai kemajuan pelajaran mereka.

Seterusnya, pihak PIBG juga boleh membantu pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah sememangnya boleh meminta peruntukan daripada pihak kerajaan dan pihak berwajib untuk menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran di sekolah. Akan tetapi, ada kalanya peruntukan yang diberikan kurang mencukupi dan bantuan daripada pihak PIBG ini amat diharapkanm oleh pihak sekolah. Justeru itu, bantuan daripada pihak PIBG amat diperlukan oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, kemudahan yang boleh disumbangkan oleh pihak PIBG adalah seperti pondok menunggu bas dan laluan berjalan kaki untuk keselamatan para pelajar. Sudah pasti, bantuan daripada pihak PIBG kepada pihak sekolah ini ianya dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PIBG dengan pihak sekolah.

Akhir sekali, pihak PIBG ini dapat membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah. Di sekolah, terdapat pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah bertujuan untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Semua program yang dirancang ini ianya memerlukan kos yang banyak dan sedangkan kewangan pihak sekolah adalah terhad. Oleh itu, disinilah pihak PIBG perlulah memainkan peranan penting mereka demi kelangsungan program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah.

Thursday, January 7, 2021

Fungsi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

 


Terdapat empat fungsi PIBG untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di Akta Pendidikan 1996. Antara fungsi tersebut adalah untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid. Sebagai contoh, pihak PIBG boleh membantu para murid yang tidak berkemampuan seperti membantu membeli mereka alatan persekolah seperti baju sekolah, buku latihan dan lain-lain. Hal ini bertujuan demi menjaga kebajikan anak-anak murid.

Seterusnya, PIBG ini berfungsi untuk menambahkan sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di sekolah. Sebagai contoh, pihak PIBG memberi dana tambahan untuk pihak sekolah untuk membina keperluan asas seperti dewan sekolah dan lain-lain. Hal ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar.

Di samping itu juga, PIBG ini berfungsi untuk meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. Sebagai contoh, pihak PIBG mengadakan aktiviti gotong-roong bersama masyarakat setempat. Program seperti ini ianya sekaligus dapat mengeratkan perpaduan dan meningkatkan kemesraan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat yang tingal berdekatan dengan sekolah.

Selain itu juga, PIBG ini bertujuan untuk meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya ianya dapat mewujudkan suasana kondusif dan selesa untuk semu pihak di sekolah terutamanya para pelajar. Sebagai contoh, pihak PIBG bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menceriakan sekolah agar para pelajar merasa selesa dan seronok untuk pergi ke sekolah. Hal ini kerana , mereka melihat suasana sekolah dan keadaan dalam cantik dan kemas dan ianya dapat menaikkan semangat para pelajar untuk hadir ke sekolah kerana berasa selesa.

Apakah tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan ??



Mengikut Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, tujuan PIBG ini ditubuhkan adalah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dan meningkatkan imej sekolah. PIBG ini merupakan sebuah saluran ataupun ‘medium’ untuk semua golongan berbincang serta berganding bahu untuk kemajuan sesebuah sekolah tersebut. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkat imej sesebuah sekolah tersebut di mata masyarakat. Sebagai contoh, apabila ada pelajar yang berjaya menjadi wakil untuk sesebuah sekolah tersebut di peringkat tertinggi seperti peringkat antarabangsa, sudah pasti ianya dapat meningkatkan imej sekolah tersebut di mata masyarakat dan pihak berwajib.

Selain itu juga, penubuhan PIBG ini bertujuan untuk membantu dan menambah usaha pihak sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid dalam kegiatan seharian mereka. Sebagai contoh, pihak PIBG dan pihak sekolah bekerjasama dalam menyediakan kelas tambahan ataupun bengkel-bengkel bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum. Sebagai contoh, Ujian Penialain Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Seterusnya, penubuhan PIBG ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah tersebut bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. Selain itu juga, ianya ertujuan memberi peluang kepada ibu bapa dan guru untuk berbincang cara membaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya. Hal ini kerana, PIBG ini merupakan ‘orang tengah’ untuk para ibu bapa dan guru berbicang sesama mereka mengenai akademik anak-anak mereka. Sebagai contoh, diadakan Hari Permuafakatan Sekolah untuk para ibu bapa dan guru-guru berbincang mengenai pendidikan anak-anak disekolah.

Di samping itu juga, tujuan PIBG ini ditubuhkan untuk membolehkan ibu bapa dan guru berbincang untuk menambah mengenai kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal di sekolah demi kemuduhan anak-anak. Pada Hari Permuafakatan Sekolah yang diadakan setiap tahun, para ibu bapa dan pihak sekolah melalui PIBG ini boleh membincangkan cara untuk mendapatkan kewangan sekolah demi pembinan infrastruktur yang tidak mencukupi di sekolah tersebut. Para ibu bapa bolehlah mencadangkan kadar yuran tahunan dengan persetujuan semua pihak dan duit hasil kutipan tersebut digunakan hanya untuk kemudahan pelajar semata-mata.  Sebagai contoh, pembinaan dewan sekolah dan tempat berteduh.Hal ini bertujuan untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak di sekolah.


Apakah PIBG ??

 



Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini merupakan satu pertubuhan yang menggabungkan ibu bapa, guru dan pengurusan sekolah dalam kawasan sekolah berkenaan bagi membantu peningkatan akademik pelajar sesebuah sekolah tersebut. Menurut Mook (2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) yang aktif , mereka boleh menyumbangkan tenaga dan sumbangan kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sesebuah sekolah tersebut.

Isu semasa yang berkaitan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

  Isu Pertama : Huraian : Isu tahap keselamatan murid di sekolah adalah satu isu yang paling penting dan amat dititiberatkan oleh ibu bapa...